Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (tengah) diiringi Pengerusi Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia), Tan Tai Kim dan Pengerusi Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia), Ong Chiow Chuen bercakap pada sidang media selepas menerima kunjungan wakil Dong Zong berhubung isu tulisan jawi dalam pembelajaran di SJKC di Kompleks Islam Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JANUARI 2020.

PUTRAJAYA- Akhirnya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bersetuju pelajaran tulisan Jawi di sekolah bukan bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam.

Ia adalah sebahagian daripada warisan budaya bangsa Malaysia seperti kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik-etnik lain.

Justeru, setiap warisan itu termasuk Jawi perlu dihormati oleh semua pihak.

Ini dinyatakannya dalam satu kenyataan bersama Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong); Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong); Merdeka University Bhd.; Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia; LLG Cultural Development Centre; The Federation of Alumni Association of Taiwan Universities, Malaysia;  The Association of Graduates From Universities and Collages of China Malaysia; Majlis Bahasa Cina Malaysia; Education Welfare Research Foundation; Global Organization of People of Indian Origin; Child Information Learning Development Centre dan Jabatan Perdana Menteri selepas mengadakan pertemuan selama sejam setengah bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuff Rawa.

Dalam kenyataan yang dibacakan Mujahid itu, kesemua pihak juga bersetuju dengan empat perkara asas yang lain termasuk Dong Jia Zong tidak pernah menentang pembelajaran Jawi sebaliknya hanya menentang kaedah pelaksanaannya yang mana perkara tersebut memerlukan perbincangan konstruktif oleh semua pihak.

“Perlu diingatkan ini bukan kenyataan saya seorang. Ini adalah kenyataan kami bersama hasil kesepakatan yang telah dicapai selepas mengadakan pertemuan selama sejam setengah.

“Memandangkan kepada peningkatan budaya yang merosakkan ini, adalah wajar inisiatif meredakan ketegangan dilakukan demi memelihara kepentingan Perpaduan Nasional supaya kekal utuh dan kukuh.

“Menyedari betapa pentingnya mesej kedamaian dan keharmonian disampaikan pada saat kritikal ini, perbincangan kami dengan wakil pelbagai pertubuhan telah bersetuju atas beberapa perkara fundamental dalam memahami isu-isu perkauman yang membimbangkan majoriti rakyat hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada 12 persatuan terbabit di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ng Chai Heng berkata, ada kalangan ibu bapa memberitahu mereka bimbang pembelajaran Jawi akan membawa pengaruh Islamisasi kepada anak-anak mereka.

Katanya, masyarakat umum khususnya kaum Cina di negara ini dilihat menolak pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah disebabkan ‘fear factor’ .

https://malaysiagazette.com/2019/12/26/takut-islamisasi-punca-penolakan-tulisan-jawi-dong-zong/

Mujahid ketika menjawab soalan media berkata, pertemuan itu tidak bermakna isu pelajaran Jawi telah selesai kerana ia bukan berada di bawah bidang kuasa beliau.

Bagaimanapun, kesemua perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat tadi termasuk isu-isu terknikal akan dibawa ke pengetahuan kabinet.

Apa yang dilakukan oleh beliau katanya hanyalah untuk memastikan isu pelajaran Jawi di sekolah rendah tidak merebak menjadi ancaman kepada perpaduan di dalam Malaysia.

“Kita melihat kepada kerangka yang lebih besar supaya isu ini tidak merebak menjadi ancaman kepada perpaduan yang lebih besar kepada negara kita.

“Jawapannya mudah kerana saya tidak ada kuasa untuk menentukan isu ini kerana saya hanya menjaga nilai yang saya bawa dalam pentadbiran saya.

“Saya tiada kapasiti atau kuasa untuk membuat keputusan,” katanya lagi.

Berikut adalah lima persetujuan yang telah dicapai oleh kerajaan dan 12 persatuan yang hadir dalam mesyuarat hari ini berhubung perpaduan:-

1.Kami bersetuju semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana. Suasana ini amat penting agar pihak yang menangguk di air keruh selama ini tidak akan berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit

2. Kami juga bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pembelajaran Jawi. Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua

3. Perbincangan sebentar tadi juga mencapai persetujuan bahawa pembelajaran Jawi tidak bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Malah kami bersetuju bahawa Jawi adalah sebahagian daripada warisan budaya negara bangsa yang perlu dihormati oleh semua.

4. Kami juga bersepakat bahawa agenda rasis yang bakal meruntuhkan keharmonian masyarakat berbagai kaum dan bangsa perlu ditentang bersama secara kolektif supaya tidak ada budaya kebencian sesama rakyat

5. Kita juga bersetuju bahawa mana-mana pihak yang dipertikaikan bersedia untuk berdialog dan terbuka untuk menerima sebarang – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Jangan lupa peristiwa pakai songkok lew kuan yew kt singapore dulu . Umat melayu mesti terus dgn agenda memperkasa org melayu , jgn leka dengan hand brake yg ditarik dong zong . Ini stategi kehadapan mereka setelah tersepit dgn tentangan umat melayu sendiri. Ini kejayaan pertama kita dan seterusnya jika kita umat melayu bersatu . Kita bukan rasis andainya mereka2 tidak rasis dan melampaui batas .

  2. Ko nk tjuk ko tu bolh selesaukan mslh..tidak ..puak2 anjing tu ada maksud lain tggu dan lihat shja…pan adlh anak didik dap kafir harbi..so fikir2 lh…kita tak akn mgalah dgn puak2 anjing ni..klu boleh kita hpus kn skolh pelbagai aliran ni..kira kekal kn skolh stu aliran supya ia kekal perpaduan..dlm solh satu aliran ko nk bljar bhsa apa sekali pun , ko belajar lh…yg ptg skolh satu aliran wajid di wujudkn dn skolh pelbagai aliran wajid di hapuskn demi utk perpauan bangsa ..klu tidak smpai kiamat pun klu perkara skolh cina n india tidak di hpuskn selagi itu lh perpaduan tidk akn dpt di selesaikan…satu lg mujahid sudah kena hantam lh tu, sbb lebih kn tangon drpd jawi…kena hantan baru nk btindak..bodoh punya pan dan menteri anjing suruhan dap kfir harbi.

  3. Di Amerika rakyatnya berbilang kaum, lebih majmuk dari Malaysia.

    Disana mereka ada Cuban, Brazilian, Argentinean, African, Korean, Chinese, Japanese, Vietnamese, orang2 Eropah, France, British, Polish, Germany, Arab, Lebanese, Palestinian, Jewish, Syrian, Pakistani, Turkish, Indian, Asian, Bangladeshi, Filipino, Mexican, Chechen, Weighur, etc etc etc, pendek kata semua bangsa didunia kini menjadi sebahagian dari Amerika Syarikat.

    Tetapi, dalam kalender negara mereka hanya satu perayaan sahaja yang diberi cuti dan dirayakan secara besar2an yakni Krismas selari dengan perlembagaan negara mereka.

    Kalau tidak, letih lah pihak sekolah untuk menyediakan peralatan2 sembahyang untuk semua kaum dan semua jenis perayaan kaum disekolah2 mereka.

    Model yang sama sepatutnya dipraktiskan disini selari dengan perlembagaan negara!!!

    TIADA APA YANG ISTIMEWA SANGAT DENGAN DONG ZONG ATAU PERSATUAN2 CINA YANG LAIN!

    SEMUA PERKARA WAJIB BERSANDARKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA!!!

Comments are closed.