RIYADH – Arab Saudi mendedahkan rancangan terperinci pembinaan sebuah litar lumba yang boleh menganjur perlumbaan Formula 1 (F1) pada 2023.

Litar Qiddiyah yang direka oleh bekas pemandu F1, Alexander Wurz merupakan sebahagian daripada kompleks hiburan dan sukan baharu terletak di luar ibu negara, Riyadh.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mike Reininger memberitahu BBC  Sport bahawa litar tersebut ‘sedia’ menganjurkan Grand Prix pada 2023.

“Kami membina satu kemudahan dengan harapan akan ada perjanjian dicapai dan ada akan perlumbaan di Arab Saudi,” katanya.

Reininger yang berkata rundingan antara pihak berkuasa Arab Saudi dan F1 sedang berjalan menambah: “Penentuan perlumbaan bukan untuk kami di Qiddiyah. Ia di luar batas projek ini. Tetapi kami membina sebuah kemudahan yang mampu menganjurkan acara bertaraf dunia sebagai salah satu item yang kami kawarkan di Qiddiyah apabila ia dibuka pada 2023,”.

Reininger berkata, beliau ‘tidak terikat dalam (rundingan dengan F1)’ dan ia ‘berkemungkinan dipacu oleh pihak berkuasa sukan awam dan persekutuan sukan bermotor’.

Sumber dalaman berkata, tiada jaminan Arab Saudi akan menganjurkan perlumbaan Grand Prix kerana belum dimuktamadkan namun ia merupakan pencapaian yang efektif. F1 enggan mengulas terhadap prospek tersebut.

Pembinaan Litar Qiddiyah didedahkan pada satu majlis semalam yang mana litar tersebut dipertontonkan melalui simulator.

Litar tersebut berstatus Gred Satu FIA yang membolehkan perlumbaan F1 dan MotoGP dianjurkan. – Agensi