Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Hampir 3.8 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan menerima pembayaran fasa pertama  sebanyak RM300 yang dikreditkan ke dalam akaun mulai hari ini hingga Rabu ini.

Pembayaran itu membabitkan lebih RM1 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagi memastikan program BSH 2020 diterima oleh semua yang layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari hingga 15 Mac 2020.

Penerima BSH yang menerima bayaran fasa pertama BSH 2020 tidak perlu membuat permohonan kecuali terdapat perubahan maklumat untuk dikemaskini.

Proses permohonan dan pengemaskinian ini ditumpukan kepada mereka yang layak berdasarkan syarat BSH 2020 tetapi tidak diluluskan untuk BSH 2019.

“Ini termasuk kategori baharu BSH 2020, seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020 untuk golongan bujang yang berumur 40 tahun dan ke atas,” katanya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette

3 Komen

Comments are closed.