KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan terlibat dengan insiden kekerasan ke atas Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Ahad.
Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata, Warisan tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng yang cuba dibawa ke negeri ini.
“Kami tidak tahu menahu berkenaan insiden tersebut sehinggalah ia diviralkan. Warisan tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng kerana itu bukan budaya kami disini.
“Walaupun Papagomo menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini sehinggakan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada pelbagai pihak, namun ini tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah Papagomo.
“Warisan tidak berkompromi dengan budaya samseng,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan Borneo Today hari ini.
Pagi tadi, Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo membuat laporan polis selepas insiden diseranf sekumpulan lelaki di KKIA.
Papagomo dalam kenyataan di laman media sosial Facebooknya mendakwa beliau dipukul sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Warisan.
”Harap pihak polis siasat dan ambil tindakan ke atas mereka sekumpulan penyokong Shafie Apdal (Ketua Menteri Sabah) yang memukul saya dan harap pihak polis tidak mengabaikan laporan yang saya buat ini walau siapa pun mereka itu yang bertindak ganas menyerang saya,” ujarnya.
Artikel berkaitan:
Ini lah sebab org sabah tidak mengizinkan PSS di laksanakan…mereka blum berkuasa sepenuhnya tapi mereka sudah berani membelakangi undang2 atas falsafah sebagi org warisan dan org KM..kelak jika pss di laksanakan mereka pasti akan bersikap lebih dari apa yang berlaku sekarang atas dasar slogan sabah kita punya.mereka ini kebanyakan nya mempunyai sikap dan peribadi yg tidak baik…jadi mereka ini tidak layak di beri kebebasan berada di bumi sabah…#tolak PSS.