KUALA LUMPUR – Papagomo ‘diserang’ sekumpulan 20 lelaki di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) Sabah hari ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang nama sebenarnya Muhammad Azri Wan Deris yang mahu pulang ke Kuala Lumpur ‘dikepung’ dan menerima provokasi daripada sekumpulan lelaki terbabit.

Difahamkan, ia gara-gara Papagomo mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd. Shafie Apdal ketika berkempen pada PRK Parlimen Kimanis dua hari lalu.

Papagomo yang kelihatan beremosi ketika menerima provokasi cuba melawan namun ditenangkan oleh sekumpulan ahli-ahli UMNO dan polis yang mengiringinya.

Lelaki berpakaian biasa menghampiri Papagomo yang ketika itu berada di kaunter Malindo Air untuk mendaftar masuk di KKIA dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun tidak berlaku sebarang pergaduhan apabila Papagomo memasuki terminal KKIA.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Papagomo terima ugutan bunuh

4 Komen

  1. Wsarisan ko jgn ingat ko hbat ya..ko jgn ingat ko blh ugut ya..ingat tu..ko tak dtg smenanjungkn.. Ini lh yg rakyat tolak ko , sbb jahat ko main politik..

  2. Sudah tiba masanya pihak berkuasa (SPR & PDRM) mengenal pasti mereka yg sering membuat provokasi yg melampau di musim pilihanraya agar tidak dibenarkan terlibat dlm mana2 kempen dan urusan di PRK/PRU…..seperti manusia Papagomo ini.

    Jika dulu beliau dikatakan “menyerang” Menteri Belia dan Sukan, dan beliau yg sama telah membuat provokasi dgn mengoyakkan poster pilahanraya kepunyaan parti lawan di PRK Kimanis.

    Provakasi seumpama ini boleh mengundang perbalahan dan menjadi lebih buruk jika ia melibatkan senjata atau mengundang penglibatan ramai penyokong2 di antara parti yg bertanding.

    Percayalah….. provakasi seumpana ini boleh mengundang malapetaka dan di harap pihak berwajib tidak melihat dgn sebelah mata tentang perkara seumpama ini….

    • Apa ko cakap ni Deen?… Ko Tak tau ke SPR, PDRM, SPRM dan peguam negara berpihak pada KERAjaan PeeH yg ko dokong tu… Apa pulak nak tunggu sampai masa… Bertindak je la bodohtul ko nie…

  3. Berani pun sebab ramai , cuba sorang dgn sorang aku nak tengok .. silap silap tolo kena jentik oleh papa gomo .. hahahaaa

Comments are closed.