Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa dua pegawai dan seorang anggota polis kerana terbabit dengan rasuah di Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam esok.

Menurut suruhanjaya itu, ASP Ramesh Nagayah, Inspektor Mohamad Syafiq Solah dan Lans Koperal Muizzudin Mohamad bakal menghadapi beberapa pertuduhan berkaitan rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette