KUALA LUMPUR – Walaupun sejak 10  hari Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram cuba mengasak dan berhujah wujudnya elemen pecah amanah, salah guna kuasa serta penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, namun Datuk Seri Najib Tun Razak tetap bertegas menafikan dakwaan itu.

Najib tetap memberikan reaksi serta jawapan sama apabila Sithambaram menyenaraikan pelbagai transkasi disusuli kenyataan saksi-saksi kes SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan penwelengan dana syarikat itu oleh beliau sebanyak RM42 juta.

Najib turut menafikan sebarang penglibatan dalam SRC International malah menolak telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri bagi memastikan pinjaman kerajaan dapat diluluskan selain memberi arahan supaya wang bernilai jutaan ringgit dimasukkan ke dalam akaun periabdi bagi kegunaan sendiri.

Kata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, dengan kedudukan sebagai ketua negara yang sentiasa sibuk dengan pelbagai kepentingan negara, beliau tidak menyedari tentang wang keluar masuk ke dalam akuan peribadinya, sebaliknya telah membiarkan segelintir pihak termasuk Allahyarham Datuk Azlin Alias menguruskan akaunya.

Kata Najib ketika diasak oleh Sithambaram pada perbicaraan yang masuk hari ke-73, beliau tidak diberitahu oleh arwah Azlin tentang wang itu.

Sebaliknya beliau membelanjakan wang dari akuan peribadinya kerana menyangka itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Sithambaram: Saya hendak tanya, mengapa ada orang boleh meletakkan RM42 juta dalam akuan peribadi anda sebenarnya?

Najib: Saya memang tidak (tahu) kerana tidak pernah meluluskan apa-apa transaksi ke dalam akuan saya.

Sithambaram: Saya katakan kepada anda, kesemua akuan peribadi Ambank milik kamu dengan tranksaksi antara 2011 sehingga 2015 untuk kepentingan peribadi kamu. Benar?

Najib: Tidak. Kebanyakan dana dalam akuan itu telah saya gunakan untuk tujuan golongan miskin, kerja-kerja korporat sosial.

Sithambaram: Saya cadangkan juga dana itu digunakan untuk membeli undi dan kepentingan kerjaya politik kamu?

Najib: Tidak setuju. Ianya untuk kelangsungan negara.

Sithambaram: Derma dan sumbangan Arab juga digunakan untuk mendapatkan sokongan untuk anda?

Najib: Tidak setuju.

Sithambaram: Saya juga cadangkan kepada kamu, orang yang kamu percaya iaitu Datuk Azlin sebenarnya bertanggungjawab dalam memastikan transaksi jutaan ringgit dilakukan ke akuan peribadi kamu melalui Nik Faisal?

Najib: Langsung tidak setuju.

Peguam bela, Harvinderjit Singh

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membenarkan permohonan peguam bela, Harvinderjit Singh untuk menunda tarikh kepada 10 Februari bagi memberi ruang kepada pakar tulisan tangan dari Australia, Dr Steven hadir memeriksa serta memberi keterangan.

Sebelum ini, Mohd Nazlan telah menetapkan 3 Februari agar tidak menggangu perbicaraan bela yang sedang berlangsung ketika ini.

Prosiding akan bersambung pada 3 Februari ini dengan Sithambaram memohon setengah jam lagi untuk memeriksa balas Najib berkait dengan transaksi RM42 juta itu.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International, yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana syarikat tersebut. –MalaysiaGazette