AMSTERDAM (Reuters) – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menzahirkan ucapan maaf di atas peranan yang dimainkan negara itu semasa Holocaust dan kurangnya tindakan untuk menghalang penyeksaan terhadap Yahudi.

Beliau merupakan Perdana Menteri Belanda pertama yang membuat permohonan maaf secara rasmi.

“Dengan baki yang masih selamat (daripada Holocaust), saya mewakili kerajaan ingin memohon maaf di atas tindakan pemerintah pada ketika itu.

“Saya juga mengerti, tiada perkataan yang boleh menggambarkan penderitaan dan kesakitan yang dialami semasa Holocaust,” katanya dalam satu acara memperingati ulang tahun ke-75 pembebasan kem Auschwitz di Amsterdam pada Isnin.

Sebelum ini kerajaan Belanda pernah membuat permohonan maaf kepada penganut Yahudi yang selamat dalam Perang Dunia Kedua dan bagaimana mereka dilayan ketika pulang ke tanah air tetapi kerajaan tidak pernah mengutuk peranannya dalam menyeksa Yahudi dan kaum minoriti lain semasa penjajahan Jerman.

Terlalu ramai di dalam kerajaan yang mengikuti arahan Jerman tanpa menyedari akibat yang dihadapi oleh rakyat mereka sendiri, kata Rutte.

Kira-kira 102,000 daripada enam juta Yahudi yang dibunuh semasa Holocaust datang dari Netherlands.-Agensi