Foto hiasan

AMPANG JAYA – Agama Islam menyarankan umatnya menyempurnakan dan mengebumikan jenazah seawal mungkin sejurus disahkan meninggal dunia.

Ia bagi menghormati si mati dan keluarganya yang menerima ujian kehilangan ahli keluarga.

Malah dari sudut sainsnya, mayat akan mengeluarkan sejenis cecair daripada tubuhnya yang menyebabkan semakin lama ia akan meninggalkan bau kurang menyenangkan.

Bagaimanapun menerusi polisi baharu yang ditetapkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) setiap permohonan permit untuk mengkebumikan mayat selepas jam 5 petang perlu menunggu waktu pejabat iaitu antara jam 8 pagi hinggan jam 5 petang keesokan harinya untuk dikebumikan.

Terdapat dua tapak pengkuburan Islam di bawah daerah ini iaitu Kampung Cheras Baru dan Ukay Perdana yang memerlukan permit gali kubur daripada MPAJ.

Tanah perkuburan di Taman Kosas dan Taman Bukit Teratai di wilayah ini sudah ditutup kerana penuh.

Ahli Majlis Tertinggi Kongres India Muslim Malaysia, Hajah Chand Bee Jemal Deen merangkap Ketua Wanita Madrasah Baqiathus Salihath Ampang berkata, pihaknya menerima aduan daripada ahli keluarga si mati yang mendakwa permit MPAJ untuk mengkebumikan jenazah mereka yang meninggal dunia pada jam 5 petang hanya dikeluarkan waktu pejabat.

Chand Bee Jemal Deen

Katanya, berbeza polisi sebelum ini di mana permit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja, ada sehingga jam 10 malam.

“Ada satu kes ini di mana pengadu mendakwa jenazah ibunya yang sudah siap dimandikan dan disembahyangkan tetapi tidak dibenarkan dikebumikan segera kerana permohonan permit di luar waktu pejabat.

“Ada kes lain keluarga si mati terpaksa mengeluarkan tambahan RM200 untuk mengupah penggali kubur untuk kebumikan jenazah selepas waktu 7 malam supaya urusan pengkebumian dapat disempurnakan.

“Kenapa perlu menyusahkan jenazah dan keluarga si mati, saya merayu agar MPAJ meneliti semula polisi baharu ini bagi memudahkan pengurusan jenazah dilakukan?,” katanya selepas menemui wakil MPAJ bagi membincangkan polisi baharu itu di pejabat MPAJ di sini.

Tinjauan wartawan terhadap beberapa negeri menunjukkan prosedur permit oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengkebumikan jenazah beragama Islam di Pulau Pinang adalah sehingga jam 9 malam dan di Negeri Sembilan sehingga jam 10 malam.

Bagaimanapun di Melaka, Johor dan Terengganu tidak perlu permit dari PBT dan masa pengkebumian adalah anjal mengikut kehendak ahli keluarga kerana pengurusan dilakukan oleh polis dan pihak hospital.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad memaklumkan waktu pengkebumian adalah pada waktu pejabat iaitu sehingga jam 5 petang tetapi kita lanjutkan sehingga selesai iaitu sehingga jam 7 petang.

“MPAJ tidak membenarkan pengkebumian pada waktu malam tetapi sekiranya ada kecemasan, pihak MPAJ akan mempertimbangkan permohonan berkenaan.

“Kecemasan bermaksud jenazah yang perlu dikebumikan segera atas nasihat dan surat daripada doktor atau polis.

“Jenazah individu yang meninggal dunia selepas jam 5 petang akan dikebumikan pada keesokan hari.

“Jenazah yang tidak dalam kategori kecemasan untuk kebumi kita nasihatkan kebumi pagi esoknya,” katanya. – MalaysiaGazette

 

9 Komen

  1. Macam macam peraturan yg menekan umat islam.orang bkn islam dibolehkan masuk masjid ,pm membenarkannya.apa kata klu org bukan islam itu baru selesai melapah babi,masuk masjid ikut kawannya melancong .haru….klu setakat masuk perkarangan masjid,x pelah,nk ambil gambar ke.orang melayu islam dlm PH dah bisu ke.

    • Bro tak payah nak masuk berbagai perumpamaan. Orang ini hanya mencipta perpepsi buruk berdasar pertanyaan dan bukan ada kematian pun. Kalau benar bapa dia meninggal pada hari tersebut sila kemukakan sijil kematian?

  2. sebab itu hal ugama islam lantik lah yang ada ugama islam juga. barulah mereka tahu. kalau lantik munafik dan fasik kan jadi susah masa depan. . patutnya polis pun boleh bagi kebenaran.

Comments are closed.