Bruno Fernandes

LONDON – Selepas berdepan proses rundingan yang panjang dan rumit, Manchester United akhirnya mengesahkan perpindahan Bruno Fernandes secara rasmi.

Dalam satu kenyataan di laman web kelab itu, United memberitahu pihak dan Sporting Lisbon telah mencapai kesepakatan ke atas Fernandes.

Pemain tengah menyerang itu akan menjalani pemerikasaan perubatan dan perbincangan untuk terma peribadi.

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kelab telah mencapai kesepakatan dengan Sporting Clube de Portugal untuk perpindahan Bruno Fernandes.”

“Perjanjian kini tertakluk kepada medikal dan juga persetujuan dalam terma peribadi.

“Pengumuman selanjutnya akan dibuat selepas ini,” katanya kenyataan itu.

Perpindahan Fernandes menjadi  sangat rumit sejak spekulasi perpindahannya pada musim panas yang lalu.

United dilaporkan menawarkan £47 juta sebagai bayaran asas dengan klausa bonus ditambah dengan £8.5 juta sebagai bonus penampilan.

Selain itu, sebanyak £4.23 juta lagi adalah bonus untuk kejayaan membantu United layak ke Liga Juara-Juara. – MalaysiaGazette