Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini.

Seperti yang telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 17 Januari lalu, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus tersebut diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi di Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan
Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

“Kadar tol untuk kenderaan komersial akan terus kekal pada kadar tol semasa tanpa peningkatan sehingga tamat tempoh konsesi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020, kadar tol untuk kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang juga akan disamakan dengan kadar tol baharu Jambatan Pertama Pulau Pinang selepas diskaun 18 peratus bermula 1 Februari 2020.

“Dengan penurunan kadar tol ini, kerajaan telah mengambil suatu langkah yang besar ke arah memenuhi janji untuk menghapuskan tol secara berperingkat dengan merunding semula perjanjian konsesi lebuh raya seperti dinyatakan Manifesto Pakatan Harapan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

3 Komen

    • Siasat juga pru 1 hingga 13 yg bn dan amenuk janji yg gagal dilaksana. Mcm pru 13 dari 60 hanya 21 je mampu buat. Baki 39 kira menipu rakyat patut semua ahli bn disiasat menipu rakyat.

Comments are closed.