SHANGHAI – Jumlah kematian daripada wabak koronavirus di China meningkat sebanyak 46 orang menjadikannya 259 orang pada Jumaat.

Angka tersebut diumumkan oleh pihak berkuasa kesihatan negara hari ini.

Susulan itu, Amerika Syarikat mengumumkan sekatan sempadan baharu kepada warga asing yang pernah melawat China.

Dalam pada itu, wilayah Hubei yang menjadi pusat berlakunya wabak berkenaan terus dikuarantinkan dengan kebanyakan jalan ditutup manakala perkhidmatan pengangkutan awam digantung.

Namun begitu, masih terdapat pihak yang berjaya keluar daripada sekatan di wilayah tersebut.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast