Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional Wilayah Persekutuan di Padang Permainan Perumahan Awam Sri Johor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat insiden provokasi pada perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditempelak Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan pantas itu kerana ia tidak berlaku sebaik sahaja insiden ganas menimpa anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 27 November 2018.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin dan KDN cepat buat tindakan kata nak siasat dan tubuh satu pasukan khas nak siasat siapa yang kejar Syed Saddiq.

“Waktu Adib dibunuh tidak buat pasukan khas, waktu Syed Saddiq kena kejar sampai kena lompat pagar cepat (KDN) tubuh pasukan khas,” katanya ketika berceramah pada ceramah perdana Muafakat Nasional Wilayah Persekutuan, malam tadi.

Polis Johor semalam telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dan mengenal pasti suspek yang terlibat dalam insiden sekumpulan pemuda melakukan provokasi di Ulu Tiram pada malam Sabtu lalu.

Ia disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Dalam pada itu, Asyraf berkata pihaknya percaya polis akan membuat siasatan terperinci terhadap insiden yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu adalah berpunca daripada perbuatan UMNO.

“Jangan marah kepada polis, mereka sahabat kita, tapi yang kita risau bila sampai ke Pejabat Peguam Negara. Dah banyak kali bila (kes) sampai ke Pejabat Peguam Negara, tidak ada kes, siasatan ditutup.

“Kita nak mereka cepat buat siasatan sebab nama UMNO dikaitkan seolah-olah kita yang buat hura-hara semalam,” katanya lagi.

Semalam, Asyraf berkata pihaknya akan mula menyerahkan surat tuntutan terhadap Ahli Parlimen Muar itu selepas menuduh UMNO terlibat dalam serangan keatas dirinya.

Dalam kenyataanya, Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu bahawa pihak yang didakwa menyerangnya adalah daripada pihak UMNO yang sengaja datang untuk mengganggu program beliau. -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Tubuh pasukan khas siasat di pondan tu ya…org kejar ko tu , org minat kat ko lah tu..kan ko suka kejar2 ni…kan suka puak2 LGBT…tisu kulit ko lembut , org pgang sikit koyak..lmbut nya kn..ko tak lyk lh jadi menteri..

  2. Betul tu! Bila nak tubuh satu badan siasatan khas siasat kes Allahyarham M Adib.

    Dah lama sangat kes ni, sehingga kini masih tiada keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham!

    Lebih menakutkan penganas2 pembunuh2 tersebut hidup lepas bebas didalam masyarakat! Mereka mungkin jiran2 anda, jiran sekolah anak2 anda, mungkin berada dijalan2 raya dalam keadaan mabuk etc etc!

  3. Tak usahlah nak buang banyak masa dengan menteri ala2 bapok ni!

    Banyak lagi bende2 lain yang lebih berfaedah. Masalah hidup rakyat semakin MENGIGIT misalnya, bursa2, unit2 trust yang terus menerus bearish, tiada siapa ambil peduli?

    Kah..kah…kah…

  4. bila polis nak tubuh skuad khas siasat menteri yg menipu? polis jgn double standard…gaji anda dibayar dgn wang pembayar cukai..pembayar cukai tu bkn semua macai PH!

Comments are closed.