tommy AIAC
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Pembohongan mengenai asal usul, skala dan magnitud berhubung wabak koronavirus sama sekali tidak boleh dibenarkan kerana ia membahayakan keselamatan awam.

Berikutan itu, mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu berhubung isu-isu berkaitan koronavirus di Internet akan disiasat dan jika wujudnya kes, mereka akan didakwa.

Amaran tegas itu dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas demi menjaga kepentingan negara.

Menurut beliau, pendakwaan dibuat berdasarkan kepada undang-undang Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana ia tidak sesuai dengan keadaan.

Katanya, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah satu pilihan, bagaimanapun ia perlu diputuskan oleh pendakwaan sebelum seseorang boleh disabitkan di mahkamah di bawah peruntukan yang tidak termasuk dalam kategori kesalahan yang telah dilakukan pada masa lalu.

“Oleh itu, individu yang terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang mengawal pernyataan berkaitan dengan kerosakan awam.

“Elemen utama dalam peruntukan ini yang menjadi sebahagian daripada undang-undang jenayah negara selama beberapa dekad, adalah membuat atau melancarkan sebarang pernyataan atau khabar angin yang boleh menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada sesiapa hingga menjejaskan ketenangan masyarakat, “katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multi Media sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara dan pertuduhan akan dibuat terhadap individu-individu lain tidak lama lagi.

Jika didapati bersalah, tertuduh akan berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Tegasnya, kerajaan mahu mencegah penyebaran berita palsu mengenai wabak koronavirus bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia menangani penularan wabak itu dengan tenang dan teratur tanpa perlu berdepan dengan gangguan luar.

Thomas menambah, semasa penularan wabak berlaku dalam masyarakat, yang penting adalah kenyataan benar dan tepat serta cepat dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan supaya masyarakat boleh membuat keputusan berkaitan kesihatan dan keselamatan mereka dan keluarga.

Menurut beliau, keadaan panik perlu ditangani dalam masyarakat  semasa berlakunya wabak supaya pihak berkuasa dapat membimbing masyarakat berhubung asal usul, skala dan magnitud wabak tersebut. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. BANGI, 11 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Jika baik makanan yang diambil seseorang individu itu, maka baiklah juga badan dan akhlaknya, kata Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda.

    Beliau menegaskan, banyak hikmah yang Islam tonjol dalam mengharamkan sesetengah haiwan untuk dimakan sesuka hati oleh manusia, kerana bukan hanya kesan kepada tubuh badan, tetapi juga peribadi individu.

    “Sebab itulah, hikmahnya haram memakan haiwan contohnya babi, kerana pemakannya akan mewarisi sifat dan akhlak binatang berkenaan.

    “Kalau babi, sifat dan akhlaknya buruk, dan ia akan diwarisi atau mempengaruhi pemakannya,” kata Dr Zulkifly kepada Ismaweb.net, hari ini.

    Beliau berkata demikian mengulas kerakusan budaya pemakanan masyarakat tertentu yang menjadi punca tercetusnya wabak seperti novel coronavirus (2019-nCoV).

    Bagus Mufti ini! Tahniah, semoga dilindungi Allah SWT! Mufti2, ulamak2, alim2 kena lebih vokal dalam mendidik masyarakat.

Comments are closed.