KUALA LUMPUR – Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi ini.

Berita sedih kematian abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 dimaklumkan oleh rakannya, Fad Bocey dan Achey di Instagram.

Ia turut disahkan oleh isterinya, Nur Hidayah Mohd Ali.

Menurut Nur Hidayah, suaminya mengalami demam dan mengadu kurang sihat sejak beberapa hari lalu tetapi enggan ke hospital.

Katanya, suaminya tidak sedarkan diri di kediaman ketika dikejutkan pagi ini.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun tidak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak kepada sebuah portal hiburan.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, yang baru berusia 5 bulan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun….. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

    Didoakan agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkannya bersama roh2 para ambia kesayangan Nya.

    Aamin ya rabul alamin.

Comments are closed.