Foto Instagram Almy Nadia

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Almy Nadia dan suaminya, Datuk Fizz Fairuz reda dengan ketentuan Tuhan selepas mengalami keguguran.

Almy mengakui dia tidak kuat untuk menerima dugaan tersebut selepas kehilangan bayi yang berusia 14 minggu di dalam kandungan.

“Alhamdulilah selesai dengan sempurnanya. Moga tenang di sana wahai anakku. Allah lebih sayangkan kami wahai anakku.

“Mama tak kuat sayang, tapi mama kena kuat demi kakak-kakak kamu. Mama tahu papa sedih, cuma papa tak tunjuk. Maafkan mama sayang @fizzfairuzofficial.

“ Maafkan Mama wahai anakku Mohamad. Jumpa di sana, tunggu mama dan papa di sana,” tulis Almy di Instagram miliknya.

Pada hantaran sama, pelakon itu turut memuat naik foto suaminya, Fizz sedang berdoa di pusara anak mereka.

Pasangan itu kehilangan anak keempat mereka pada 11 Februari.

Cahaya mata keempat pasangan itu meninggal dunia ketika masih dalam kandungan.

Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 2014 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast