Salah seorang penumpang Westerdam yang tidak dibenarkan berlabuh di lima pelabuhan sebelum diterima oleh Kemboja. Gambar Bloomberg

KUALA LUMPUR- Sejumlah penumpang termasuk dua warga Belanda tidak dibenarkan menaiki pesawat KLM dari Kuala Lumpur ke Amsterdam.

Kementerian Luar Belanda dalam satu kenyataan berkata, kumpulan tersebut merupakan antara 2,200 penumpang dan kru kapal persiaran Westerdam yang telah dihalang daripada berlabuh oleh lima pelabuhan, sebelum Kemboja memberi kebenaran untuk berlabuh di Sihanoukville.

Seorang penumpang kapal yang merupakan wanita warga negara Amerika Syarikat disahkan telah dijangkiti Covid-19 dan kini mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurut kenyataan tersebut, para penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat 810 KLM itu masih berada di Malaysia bersama satu lagi kumpulan rakyat Belanda lain yang disyaki kontak rapat wanita Amerika yang telah disahkan positif Covid-19 itu.

Menurut Dutch RIVM National Insitute for Public Health and The Environment, kira-kira 11 orang telah dihalang menaiki pesawat tersebut.- Agensi