TERKINI : Nanti Saya Suruh Ketua Ranting Jawab ‘EZAM’ – Azmin Ali

AMPANG – “Nanti saya suruh Ketua Ranting jawab dia lah”.

Itu reaksi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya dakwaan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor bahawa Azmin menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Pas dan Tun Mahathir Mohamad di London baru-baru ini.

“Saya akan meminta Ketua Ranting untuk respond kepada dia (Ezam),” katanya kepada wartawan sambil beredar meninggalkan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Ampang malam tadi.

Terdahulu beliau hadir bersama Ahli Parlimen Ampang merangkap Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin ke sambutan Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa sebentar tadi.

Ezam sebelum ini mendakwa Azmin merupakan individu yang memulakan langkah untuk merosakkan peralihan kuasa antara Mahathir dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.