Mohamad Sabu
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu bercakap sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP melahirkan pendirian memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk terus memimpin Pakatan Harapan.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada YBhg Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

“Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan YBhg Tun untuk Malaysia yang lebih baik,” kata Presidennya, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mencalonkan semula Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk mendapat majoriti mudah sebanyak 112 kerusi.

“Kami mempunyai kepercayaan kepada Mahathir,” menurut sumber yang percaya Dr Mahathir juga kecewa dengan Bersatu tetapi beliau tidak akan bekerjasama dengan UMNO. – MalaysiaGazette