Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal sebagai Perdana Menteri.

Aktivis politik, Ab Jalil Backer berkata, bahkan Dr Mahathir akan menjadi pengerusi perikatan baru tanpa mewakili Bersatu.

“Saya fikir Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu bagi membolehkan beliau menjadi Pengerusi kepada satu perikatan politik baru tanpa bias kepada mana-mana parti.

“Ini bermakna Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi perikatan baru tanpa mewakili parti Bersatu,” katanya.

Menurut beliau, peristiwa-peristiwa hari ini sekadar membuka jalan cerita bagi mengesahkan keputusan semalam.

“5.30 petang ini jika ada perkenan YDP Agong maka kerajaan baharu. Perdana Menteri lama. Timbalan pun dah ada tapi biarlah PM umumkan,” ujar beliau.

Jalil dalam kenyataannya sebelum itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah sah tiada majoriti tanpa sokongan Datuk Seri Mohamed Azmin, Bersatu dan Warisan.

“Jika tiada pemimpin majoriti maka satu PRU baharu akan diadakan. Namun firasat saya Tun M akan dilantik sebagai Perdana Menteri lagi,” menurutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast