Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang keluar partiĀ  hari ini menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel mereka sebagai pengkhianat.

Sebaliknya, mereka mendakwa pihak yang berusaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di tengah-tengah penggal pengkhianat sebenarnya.

Dakwa mereka, pihak berkenaan lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri daripada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.

Mohamed Azmin dan Ahli-Ahli Parlimen terbabit membuat pendedahan itu ekoran kemelut politik negara yang meruncing ketika ini berkata, semuanya berpunca daripada usaha sebahagian pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang memaksa Mahathir menentukan tarikh melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dengan tindakan itu, ia membolehkan peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata mereka, kejadian tersebut berlaku pada malam Jumaat lalu.

Kenyataan Azmin ini dibuat bersama-sama Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Seri Dr. Santhara, Datuk Mansor Othman, Datuk Kamaruddin Jaafar, Baru Bian, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin

Menurut mereka, usaha tersebut merupakan kemuncak daripada kempen mereka untuk meuar-uarkan isu peralihan kuasa sebagai agenda utama PH.

Kempen itu didakwa mereka telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu dengan kekerapan meningkat dari semasa ke semasa sehingga mengalihkan pandangan rakyat daripada usaha untuk memberikan tumpuan kepada agenda pemulihan ekonomi dan reformasi institusi.

Mohamed Azmin berkata, kempen yang sama telah menghakis keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kewibawaan kerajaan PH.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk memberi tekanan kepada Tun Dr Mahathir yang sedang mempersiapkan negara untuk menganjurkan Persidangan APEC pada bulan Disember 2020.

“Sedangkan, persidangan ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada usaha menampilkan Malaysia sebagai model transisi demokrasi yang mengutamakan agenda aspirasi rakyat.

“Kami yakin bahawa percubaan memaksa Perdana Menteri menentukan tarikh peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan Perdana Menteri sebagai lame duck PM.

“Ini kerana menukar Perdana Menteri di tengah penggal memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan masyarakat pelabur. Peralihan kuasa ditengah-tengah penggal akan menggugat kesinambungan dasar-dasar dan persepsi rakyat terhadap kerajaan PH.

“Justeru itu, kami telah mengambil langkah proaktif untuk menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri di tengah-tengah penggal,” kata mereka dalam kenyataan tersebut.

Menurut mereka, langkah yang dilakukan itu untuk menjamin keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan untuk meningkat tahap sosio-ekonomi rakyat seperti yang terkandung Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Mohamed Azmin dan ahli-ahli Parlimen itu berkata, usaha mereka terbukti benar apabila pihak tersebut kini menyedar kesalahan yang dilakukan,justeru itu kenyataan mereka menyokong Dr Mahathir meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal.

Sebelum itu, Anwar dan beberapa pimpinan PKR telah menyifatkan Mohamed Azmin dan gengnya sebagai pengkhianat yang juga asas utama parti itu memecat kedua-duanya hari ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar sedar ada ‘pengkhianat’ PKR cuba tubuh kerajaan baharu

2 Komen

  1. KAU YG GAGAL UNTUK MELAKSANAKAN “JERAJAAN PUNTU BELAKANG”….. KAU BAK MENYALAHKAN ORABG LAIN PULAK.

    APA JENIS MANUSIA KAU NIE. ..

  2. Elok sangat Azmin mengajar mereka yang gelojoh tidak sabar hendak menjadi PM, bukan hendak membantu rakyat. Selepas ini orang melayu marah kerana dividen TH pulak.

Comments are closed.