Foto Agensi.

LONDON – Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes menegaskan dia optimis akan dapat membantu kelab itu memulihkan prestasi sehingga akhir musim ini.

Tegas pemain antarabangsa Portugal itu, United akan kembali ke kejohanan Liga Juara-Juara pada musim depan.

“Inilah yang saya mahu lakukan dan apa yang saya perlu buat.

“Semua orang tahu, kami mahu kembali memasuki Liga Juara-Juara musim depan, saya berada di sini untuk membantu pasukan menakluk tempat ini dan terus memenangi perlawanan.

“Ini adalah hari setiap pemain mahukan,saya berasa bertuah untuk menjaringkan gol dan saya berasa bertuah untuk memenangi perlawanan ini,” Fernandes kepada BT Sport.

Fernandes menambah, dia dan rakan akan memberi yang terbaik untuk menang setiap perlawanan selepas ini.

“Saya hanya perlu membantu pasukan dan itulah yang saya mahu lakukan. Saya perlu lakukan dan saya juga berharap Anthony Martial dapat menjaringkan lebih banyak gol,” katanya. – MalaysiaGazette