Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUALA LUMPUR – Apa juga keputusan yang diambil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Negeri berhubung perkembangan politik Persekutuan pada masa kini akan dibuat berlandaskan kepentingan negara dan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata, perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri ialah kestabilan politik negara yang menjadi intipati bagi negara untuk bergerak maju ke hadapan.

“Negara menghadapi banyak masalah ekonomi ekoran daripada faktor ketidaktentuan termasuk jangkitan COVID-19, yang perlu ditangani dengan berkesan dan segera,” katanya ketika membaca kenyataan pada persidangan akhbar di sini.

Abang Johari, yang juga pengerusi GPS berkata, kerajaan negeri akan menghormati apa juga keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan perkembangan politik sekarang ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Harap2 GPS mengambil langkah yang sama seperti Muafakat Nasional!

    Lihatlah bagaimana kerajaan tedahulu yang bergitu sayangkan kepada rakyat Sarawak! Beribu2 KM lebuhraya TANPA TOL dibina, itulah inspirasi kerajaan terdahulu.

    Lihat pula bagaimana LGE mempolitikkan isu sekolah2 daif di Sarawak! Inilah contoh mereka yang tidak ikhlas!

  2. No prime minister did so much for Sabah and Sarawak other than DSN. He is so kind and unbias in helping the rakyat. May God save Malaysia.

Comments are closed.