Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Sebuah kerajaan tanpa parti Politik? Ini satu yang benar-benar baru!, kata Tan Sri Shahrir Samad.

Bagaimanapun, veteran UMNO itu berkata, agaknya konsep itu sesuai dengan ‘Malaysia Baharu’ yang berbagai perkara pelik muncul

Soalnya, berapa ramai Ahli Parlimen yang menang tanpa partinya dan adakah meninggalkan parti yang mencalonkan itu bukti bahawa seseorang wakil rakyat tidak mempunyai kepentingan diri dan mendahului kepentingan rakyat dan negara.

Shahrir berkata, selepas memerintah hampir dua tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Jemaah Menteri sebenarnya telah gagal
mengawal kenaikan kos hidup, walaupun GST dihapuskan.

Kerajaan Pakatan Harapan juga gagal menaikkan pendapatan rakyat melalui pertumbuhan ekonomi negara serta gagal mewujudkan pekerjaan baru, mengawal pertambahan hutang kerajaan walaupun sudah dijarah rizab tunai Petronas
dan menjual aset-aset milik syarikat kerajaan.

Kerajaan gabungan itu turut gagal menambah baik keharmonian antara kaum kerana terlalu menekan kepada dasar-dasar sekular, mempertahankan sistem keadilan negara kerana sewenang- wenangnya mengguna kuasa penyiasatan dan pendakwaan sebagai senjata politik.

Turut gagal mempertahankan kelebihan hubungan diplomatik negara dengan negara-negara rakan sehingga  menjejaskan hubungan dagangan negara.

Shahrir berkata, kegagalan-kegagalan ini telah membawa kepada penolakan PH dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak PRK Cameron Highlands.

“Bolehkah sebuah kerajaan tanpa parti politik mengatasi kegagalan-kegagalan yang berlaku semasa Tun Mahathir menjadi PM PH dengan hanya menukarkan nama kerajaan Tun Mahathir dari Pakatan Harapan (PH) kepada Pakatan Mahathir (PM)?

“Takkanlah kegagalan sebagai Perdana Menteri ke-7 boleh berakhir apabila menjadi PM ke-8 pula,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. A very good and thought provoking article. Very hard to refute what has been highlighted by this veterant politician.May good save Malaysia.

Comments are closed.