Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk kembali sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta selepas tiga hari melepaskan jawatan tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu yang bermesyuarat pada 25 Februari lalu sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi.

“Keputusan mesyuarat berkenaan telah saya sampaikan kepada pihak YAB Tun untuk dipertimbangkan kembali keputusan peletakan jawatan beliau.

“Setelah berbincang pada hari ini dan dipertimbangkan semula oleh YAB Tun, beliau telah bersetuju untuk kembali sebagai Pengerusi Bersatu berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette