Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai ke arah petugas media ketika tiba di pejabatnya pada hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugasnya selaku Perdana Menteri kelapan hari ini.

Beliau yang memasuki Perdana Putra jam 7.55 pagi dilihat segak memakai sut biru gelap dan berkemeja putih.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat sempat melambai ke arah para wartawan dan pengamal media serta sempat melemparkan senyuman.

Perdana Menteri gabungan Perikatan Nasional itu kemudiannya memasuki pejabatnya dan mengimbas kad perakam waktu jam 7.58 pagi sebelum memulakan tugas sebagai Perdana Menteri yang baharu hari ini di Perdana Putra.

Hadir sama adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan.

Selepas memasuki pejabat, Muhyiddin akan mengadakan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali jam 9 pagi.

Di sebelah petangnya, Muhyiddin akan pulang ke Pagoh sebelum bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di pejabatnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast