HASNUL: Apa yang paling sedih saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR – Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menangis teresak-esak ketika menurunkan gambarnya di pejabat ecxo kerajaan Perak di Ipoh hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak itu terpaksa keluar pejabat susulan perkembangan politik yang berlaku di Putrajaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong itu dilihat tidak dapat menahan sebak, seperti laporan Astro Awani.

“Saya rasa saya mempersiapkan diri saya untuk menerima keadaan yang akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Saya datang sini untuk kemas barang-barang saya. Namun yang paling sedih saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri,” katanya semasa ditemui media hari ini.

Malah katanya, Hasnul Zulkarnain berkata, beliau masih mahu berkhidmat untuk rakyat Perak.

“Saya masih belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak. Saya exco penerangan dan kerap berjumpa masyarakat.

“Antara yang paling menyentuh hati saya ialah program santai bersama rakyat bawahan. Dari situlah saya dapat lihat apa rakyat Perak mahu selama ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Tak ada masalah nak mendekati masyarakat bawahan. Tak semestinya perlu jadi exco untuk itu.

  2. Beritahu pada rakyat siapa yg akan menghalang kamu utk terus berkhidmat pada masyarakat? Berkhidmatlah apa salahnya… Jika disebabkan gaji dan elaun itu masalah kamu. Mohon tukar parti cepat semuga dapat tempat selepas ini.

  3. Ahli politik biasanya salah dalam beranggapan bahawa politik itu karier. Orang masuk politik untuk berkhidmat untuk rakyat dan negara. Dan bukan untuk menggumpul harta untuk tujuh keturunan. Politicians out there please change your perception if you think politics is a career. Politics is a service you render toward the country and people. I suggest only selfless people should enter politics and not those who want to create wealth for their children and cronies.

  4. Ko buat, ko dapat. Masa ada kuasa, kamu berlagak sombong mcm dunia ini ana yg punya. Skrg nak berlakon nangis2?

    Piiiraah mabok…

  5. Ahhhhh…segarnya pekena lemon ais ni….lps tu sambung nanggis..
    Nk berkhidmat dgn rakyat tak semestinya jd wakil rakyat broo…byk lg line blh..di buat..
    Sruppp…segar…sgt.

Comments are closed.