TERKINI : Latheefa Ada Mesyuarat Penting, Mohon Beri Keterangan SRC pada Khamis

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya tampil di mahkamah bagi memberi keterangan berkaitan perbicaraan SRC International yang sudah masuk hari ke-86 hari ini.

Latheefa bagaimanapun memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, beliau mempunyai mesyuarat penting yang tidak boleh ditunda hari ini dan memohon kebenaran untuk memberikan keterangan saksi pada Khamis.

Selain itu, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memberitahu mahkamah menjelaskan kepada mahkamah bahawa ada kesilapan dalam sapina terhadap Latheefa dan hanya boleh memberi keterangan pada hari yang lain.

Mohd Nazlan kemudian memberikan kebenaran kepada Latheefa untuk berbuat demikian.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast