TERKINI : Ini Taktik Kotor Kerajaan Pintu Belakang – Aktivis

Datin Paduka Marina Mahathir dan Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan yang pertama daripada kumpulan 15 aktivis yang meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas diambil keterangan selama sejam.

Mereka disoal siasat berikutan perhimpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, Ahad lalu.

Kedua-duanya mereka keluar dari ibu pejabat polis berkenaan kira-kira pukul 4 petang.

Marina ketika ditemui media berkata, ia merupakan satu pembaziran masa oleh pihak polis apabila memanggil aktivis untuk dirakam kenyataannya.

1 Komen

Comments are closed.