KIRKLAND, Amerika Syarikat – Pasangan warga emas ini sudah 60 tahun menjalani kehidupan bahagia tanpa mengenal erti berpisah tetapi akhirnya dipisahkan sementara oleh Covid-19 (koronavirus).
Gara-gara tidak dapat menerima suaminya, Gene Campbell, 89, dipisahkan dan dikuarantin di sebuah pusat kesihatan di mana beberapa orang penduduk tempatan meninggal dunia akibat Covid-19, Dorothy, 88, sanggup mendekati dan cuba berkomunikasi dengan Gene yang hanya dipisahkan oleh tingkap cermin.
Seperti beberapa jirannya, Dorothy dilarang melawat namun cinta mendalam terhadap suamintya tidak menghalang wanita warga emas itu mendekati suaminya.
Dorothy ditemani anak lelakinya Charlie merupakan jururawat berdaftar mampu berdiri di hadapan tingkap.
Anaknya mendekatkan telefonnya ke tingkap itu supaya Gene bersemangat apabila bercakap dengan isteri tersayang.
Pusat penjagaan yang diduduki Gene kini disiasat sama ada ia mematuhi garis panduan mengelak jangkitan Covid-19 yang sebelum ini didenda AS$67,000 ekoran dua kes baharu. – Agensi