ibu yang membunuh bayi sendiri dengan tinggalkan anaknya di tepi lebuh raya 11 tahun lalu berjaya dicekup.

COLUMBIA, South Carolina – Seorang wanita yang meninggalkan bayinya yang baru dilahirkan mati di tepi jalan 11 tahun lalu berjaya ditahan baru-baru ini.

Suspek, Jennifer Sahr, 32, yang merupakan ibu kepada mangsa telah direman pada Selasa lalu atas kesalahan membunuh.

Dia didakwa membiarkan bayinya di tepi lebuhraya berhampiran Pantai Myrtle.

Bayi tidak berdosa itu ditemui mati pada 4 Disember 2008.

Mangsa difahamkan masih hidup semasa suspek membalut anaknya itu di dalam beg dan memasukkan dalam kotak sebelum meninggalkannya di tepi jalan.

Mayat bayi itu ditemui kira-kira tiga batu dari Universiti Costal Carolina yang mana Sahr adalah pelajar di situ semasa kejadian.

Pada Isnin lalu, polis mengumumkan pihaknya memburu Sahr selepas bukti saintifk mendedahkan dia adalah ibu kepada bayi malang tersebut.

Penyiasat bagaimanapun tidak memperincikan bukti yang membawa kepada penangkapan Sahr sebagai suspek pembunuhan itu dan lokasi bapanya juga telah dikesan polis.

Sahr yang kini mempunyai dua perempuan berumur di bawah tiga tahun dihadapkan ke mahkamah kelmarin. – Agensi