LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah memberi amaran kepada Paul Pogba agar bekerja keras jika dia mahu mendapatkan tempat dalam skuad utama.

Pogba mengharungi waktu suram ketika ini setelah mengalami tiga kecederaan pada musim ini.

Pada masa ini, pemain berusia 26 tahun itu mula menunjukan sesuatu yang positif mengenai proses pemulihan kecederaannya.

Malah, pemain antarabangsa Perancis itu dipercayai bersedia untuk bermain dalam masa terdekat.

Kerana kecederaan yang panjang, Pogba hanya bermain tujuh perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris dan gagal menjaringkan gol.

Dia hanya mencatatkan dua assist dalam aksi Liga Perdana musim ini.

Kehadiran Bruno Fernandes selain peningkatan beberapa pemain tengah yang lain telah menjadi satu penyelesaian yang pasti bagi kreativiti midfield United yang cukup buruk pada awal musim.

Solskjaer berharap Pogba mempunyai motivasi hebat ketika pulih dari kecederaannya.

Ini kerana pengurus dari Norway itu yakin tidak mudah buat Pogba untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

“Terdapat banyak perbualan dan perkara yang ditulis mengenai Paul Pogba,” kata Solskjaer yang ditulis oleh Sportsmole.

“Semua perbincangan tentang nasib Paul Pogba kami lakukan di belakang tabir namun saya pasti Paul Pogba mahu bermain semula untuk United, Paul Pogba tahu dia harus bekerja keras untuk kembali ke prestasi terbaik.

“Ia adalah cabaran untuk pemain itu selepas dia berehat begitu lama,” katanya. – MalaysiaGazette