Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu supaya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dikembalikan ke landasan asal.

Katanya, dakwa harus merentasi parti politik, justeri semua Ahli Lembaga Pengarah YADIM lantikan zaman kerajaan Pakatan Harapan wajar meletakkan jawatan secara terhormat.

“Beri peluang Menteri Agama baharu melantik ahli lembaga pengarah baharu yang mampu mengembalikan kegemilangan YADIM sebagai institusi dakwah berwibawa negara melangkaui agenda politik kepartian,” katanya di laman Facebook.

Ahli Lembaga Pengarah YADIM

Pelantikan ahli lembaga pengarah YADIM semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah telah mendapat bantahan pelbagai pihak kerana rata-rata yang dilantik mewakili parti politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Mujahid Yusof mempertahankan lantikan tersebut.

Yang Dipertua YADIM kini adalah Nik Omar Nik Abdul Aziz. – MalaysiaGazette