Mikel Arteta

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta disahkan positif Covid-19, umum kelab Liga Perdana itu.

“Pusat latihan Colney kami di London sudah ditutup selepas ketua jurulatih Mikel Arteta mendapat keputusan positif Covid-19 malam ini,” kata Arsenal dalam satu kenyataan  awal pagi ini.

Arsenal turut memaklumkan tidak boleh bermain sebahagian perlawanan mengikut jadual yang sudah diatur.

Arsenal dijadualkan menentang Brighton dalam Liga Perdana esok. – MalaysiaGazette