Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan sekumpulan individu yang menyerang Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad malam tadi.

Dalam satu kenyataan di sini, majlis itu melahirkan rasa terkejut dengan serangan ke atas Khalid dan mahu polis segara menyiasat kejadian itu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Majlis Setiausaha PH turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberi kerjasama dalam memastikan keselamatan Khalid sehingga beliau tiba di lapangan terbang pagi tadi.

Ahli Parlimen Shah Alam itu dikatakan diserang kira-kira jam 10.45 malam selepas menghadiri jelajah politik di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan

Khalid telah pun membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din mengesahkannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Kita mendabik dada mengatakan negeri kita dipimpin oleh parti agama yg bermatlamatkan Islam namun pemimpinnya gagal mendidik bangsa melayu yg penuh adat resam untuk menjadi mukmin yg mulia….malah menjadi ganas seolah rakyat hitam afrika yg belum matang.
    So kemana hala kita wahai umat melayu?

  2. Ini bkn kali pertama KAS diserang, DULU PUN PERNAH BERLAKU…
    Kejadian mcm ini biasanya melibatkan duahala..
    Pepatah Melayu ada menyebut “Sebab PULUT Santan binasa..”?

  3. Selepas Tian Chua dipukul oleh segelintir penyokong PKR secepat kilat Azmin komen budaya samseng dalam PKR
    Kali ini tak ada siapa pun komen, adakah kaki pukul itu dari kumpulan extrimis Islam yang berselindung di bawah naungan pemerintah negeri Islam Terengganu?
    Kalau benar anadaian saya maka inilah petanda bahawa walau siapa pun memerintah negara kita belum tentu selamat
    Mungkin juga ada dalil macam Mat Piah Teh Deris sebutkan, kalau nak selamat sila tutup mulut

  4. Tengok muka dia tu pun dah boleh teka yang dia tu pembohong besar dan cakap dia tak boleh percaya. Dia dgn atok madey sama aje. Cakap mulut bau longkang. Busuk dan hancing meloyakan covid 19 cari orang nacam mereia ni semua lah. Raja kleptokeasi. Kalau tak macam mana duit dia orang ni anak beranak boleh jadi berbillion. Tak istihar harta dan lari dari cukai lerr tu. LHDN tu pun berat sebelah dan macam lembu kens cucuk hidung.. takut ke.

Comments are closed.