Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat mereka yang menyebarkan berita palsu, berhubung dakwaan anak seorang pemimpin kanan sebuah parti Pakatan Harapan (PH) ditahan di Singapura, kerana membawa masuk wang RM2 juta.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan berita berkenaan adalah untuk mengaib dan memburukkan seseorang.

“Kami akan siasat penyebar berita palsu itu dan ambil tindakan, manakala laporan berita berkenaan adalah tidak tepat sama sekali,” katanya kepada Bernama.

Hari ini, tular di media sosial berhubung laporan akhbar berbahasa Cina yang mendakwa seorang anak pemimpin kanan sebuah parti politik ditahan, selepas cuba membawa masuk wang itu ke republik berkenaan, tanpa mengisytiharkannya melalui saluran sah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.