Hospital Umum Sarawak

KUALA LUMPUR – Sarawak mencatatkan kematian pertama Covid-19.

Mangsa pastor di Gereja Emmanuel Baptist di Kuching meninggal dunia 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.

Perkembangan terkini itu diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan.

“Jabatan Kesihatan negeri masih dalam proses mengenal pasti sumber jangkitannya,” kata kenyataan itu lagi.

Seramai 193 orang yang berhubung rapat dengan mendiang telah dijejaki dan dikuarantin.

Sarawak kini merekodkan 11 kes jangkitan baru dengan 6 kes dari Kuching, Limbang (3), dan masing-masing satu dari Betong dan Lawas,

Mereka kini dirawat di Hospital Sarawak, Sibu dan Miri.

Sarawak hari ini mencatatkan lagi 35 kes saringan manakala 204 pesakit masih menunggu keputusan.

Pada masa ini, 45 kes Covid-19 di Sarawak telah dikesan kepada empat (4) kelompok iaitu Sri Kluster Petaling, Kluster Kuching (Gereja), Sarikei Cluster dan satu lagi kluster di Kuching. – MalaysiaGazette