Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Seperti ada sesuatu yang tak kena dengan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan, kata Isham Jalil.

Presiden Sukarelawan Malaysia berkata, selepas perintah berkenaan dikeluarkan semalam, lebih ramai penduduk bergerak daripada kawasan ketumpatan tinggi jangkitan di bandar-bandar (Selangor dan Wilayah Persekutuan) ke kawasan ketumpatan rendah jangkitan di luar bandar.

“Beribu-ribu penduduk di kawasan tinggi jangkitan bergerak balik ke kampung ke kawasan yang belum dijangkiti atau kurang jangkitan.

“Virus ini boleh dibawa oleh pesakit yang telah dijangkiti tanpa apa-apa simptom selama sehingga 14 hari,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Isham, jika ada antara mereka yang dijangkiti, maka Covid-19 akan pergi bersama-sama mereka balik ke kampung dan virus itu akan merebak ke kawasan yang lebih besar.

“Jika ini berlaku maka tujuan perintah kawalan pergerakan ini akan mendatangkan hasil yang sebaliknya iaitu penularan yang lebih teruk bukannya berkurang,” ujarnya lagi.

Menurutnya, semasa berkhidmat dengan kerajaan dahulu, saya pernah berpengalaman menghadapi krisis banjir besar, MH370, MH17 dan lain-lain krisis bersama agensi-agensi kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara.

“Saya rasa krisis virus ini perlu ditangani dengan lebih berhati-hati untuk mengelak kesilapan yang membawa padah.

“Saya harap kerajaan dan pihak berkuasa dapat membuat keputusan dengan tuntas dan menyelaras perlaksanaan dengan cekap dalam krisis ini demi keselamatan rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kesihatam Muhyiddin sendiri sudah teruk, buat apa tambah stress dengan pengkhianatan PH, sekarang Covid-19 pulak. Nanti May 2020, Undi Tak Percaya, kalau lepas PRU15 lagi. Beliau bolih tahan berapa lama situasi begini.

Comments are closed.