Foto Instagram Ayda Jebat

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran bekas pengacara HLive!, Nabil Mahir selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman sosial penyanyi berkenaan yang memuat naik foto bersama cincin lamaran yang diterimanya pada ulang tahun ke-28.

Menerusi status tersebut Ayda memberitahu, perkara itu merupakan hadiah ulang tahun yang paling bermakna untuknya.

The best birthday gift ever. I said yes! (Hadiah hari jadi paling bermakna. Ya saya terima!” tulisnya.

Sementara itu, Nabil turut memuat naik foto bersama penyanyi lagu Aduh Aduh Sayang di laman sosialnya.

She said yes!” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

Menerusi foto terdahulu, Nabil memberi kata-kata romantik dengan menganggap Ayda adalah perkara terbaik yang terjadi dalam hidupnya.

“Kamu adalah perkara terbaik yang terjadi dalam hati saya. Kamu perkara paling manis yang terjadi dalam kehidupan saya. Kamu adalah perkara yang saya sentiasa mahukan dan lebih daripada apa yang sepatutnya,” ujarnya.

Pada November lalu, Nabil mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Ayda, malah dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast