Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi-agensinya akan beroperasi dari jauh semasa tempoh 14 hari perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan penting masih beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan ini termasuk pengesahan Sijil Asal (COO), yang akan dilakukan secara fizikal di Menara MITI mulai jam 9 pagi hingga 1 petang setiap hari, kecuali pada hujung minggu.

Semua perkhidmatan lain seperti permohonan untuk Permit Yang Diluluskan (AP), permit Akta Perdagangan Strategik
(STA), pemberian, pinjaman dan kemudahan lain yang berkaitan akan dilakukan melalui cara digital.

Komuniti perniagaan dan pemain industri Malaysia diminta menghubungi MITI dan agensi menerusi halaman Facebook rasmi, halaman kumpulan ‘MITI & Agencies Hotline’’ dan melalui Whatsapp + 6012-6072750 bagi mendapatkan sebarang penjelasan mengenai isu berkaitan industri, perdagangan dan pelaburan.

MITI tetap komited untuk memudahkan pemain-pemain industri dalam tempoh pergerakan terhad ini. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke [email protected] – MalaysiaGazette