Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati rakyat Malaysia supaya jangan menyebar berita palsu berkaitan Covid-19.

“Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu.

“Paling penting jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan, guna hand sanitizer dan pakai topeng serta amalkan penjarakan sosial.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini,” titahnya dalam satu pengumuman berhubung Covid-19 yang disiarkan di Bernama malam ini.

Seri Paduka juga mengajak rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha menyekat penularan pandemik merbahaya itu.

Sultan Abdullah juga menyarankan rakyat tidak keluar rumah jika tidak ada keperluan penting.

“Saya juga meminta batalkan hasrat untuk balik kampung. Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah,” titahnya.

Sultan Abdullah juga menasihati ibu bapa pengantin supaya menangguhkan majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih.

Seri Paduka menasihatkan rakyat jangan panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini, Insya-Allah,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu bermula 18 Mac bagi menyekat penularan wabak tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast