Philippe Coutinho

LONDON – Chelsea telah mengadakan rundingan dengan Barcelona mengenai pembelian bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho.

Pemain Brazil yang dipinjamkan ke Bayern Munich menyatakan bahawa kelab Bundesliga itu tidak berhasrat untuk menyimpan Coutinho.

Tottenham Hotspurs menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut musim lalu.

The Catalans pula bersedia untuk menjual pemain itu secara tunai.

Barcelona mendapatkan Coutinho dengan yuran 110 juta pound pada 2018.

Bagaimanapun Coutinho hanya mampu bertahan di Camp Nou selama semusim sebelum dipinjamkan ke Bayern Munich.

Barcelona juga dilaporkan bersedia untuk melepaskan pemain itu dengan yuran terendah yang diinginkan mana-mana kelab Eropah.

Laporan terbaharu di England mendakwa Chelsea sudah menghubungi wakil Coutinho dan telah mengadakan perbincangan mengenai potensi meminjamkan Coutinho ke Stamford Bridge.

Perjanjian itu hampir sama yang dimeterai oleh Bayern sebelum ini.

Barcelona mengenakan yuran 15 juta pound semusim kepada Bayern Munich untuk Coutinho dan Chelsea juga dikatakan dikenakan caj yang sama.

Bagaimanapun, the Blues kendalian Frank Lampard akan menerima saingan daripada kelab Serie A, AC Milan yang merupakan bekas kelab Coutinho.

Difahamkan Coutinho bersedia untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan Chelsea tidak berdepan masalah daripada AC Milan untuk mendapatkan pemain tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast