TERKINI : Harga Topeng Muka “RM0.80sen Naik ke RM2” Sekeping – Menteri KPDNHEP

Harga siling topeng muka dinaikkan kepada RM2 sekeping berbanding 80 sen sekeping berkuatkuasa dua hari lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ini selaras dengan kebenaran kerajaan untuk membenarkan pengimportan topeng muka bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.