Ayatollah Ali Khamenei. foto Agensi

TEHRAN – Tawaran Amerika Syarikat (AS) bagi membantu Iran membendung pandemik koronavirus adalah pelik, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei ketika menyampaikan ucapan yang disiarkan rangkaian televisyen hari ini, dengan menyifatkan pemimpin AS mempunyai ‘pengetahuan khusus’.

Walaupun di tengah puncak ketegangan yang berpanjangan, Washington telah menawarkan bantuan kemanusiaan kepada Iran ketika ia bergelut dengan penularan koronavirus.

Iran merupakan negara paling terkesan dengan koronavirus di Timur Tengah dengan lebih 1,500 kematian dan 20,610 orang dijangki virus itu, lapor Reuters.

“Beberapa kali Amerika telah menawarkan bantuan kepada Iran untuk mengekang virus itu. Anda didakwa mencipta virus itu. Saya tidak tahu samada ia benar, tetapi adalah pelik anda mahu membantu kami,” kata Khamenei.

“Selain daripada hakikat bahawa anda mengalami kelemahan dalam membendung virus itu, apa kata jika anda beri kami dadah (ubat) yang akan membantu virus itu tetap berada di Iran secara kekal?

Khamenei, individu tegar anti AS berkata, republik Islam itu berupaya menangani ‘sebarang bentuk krisis dan cabaran, termasuk penularan koronavirus’.

Ketegangan memuncak antara Iran dan AS sejak 2018, apabila Presiden Donald Trump bertindak keluar daripada perjanjian nuklear pada 2015 yang membabitkan enam kuasa besar dan mengenakan sekatan yang telah memusnah ekonomi negara itu.

Pertelingkahan meningkat apabila Trump mengarahkan AS melakukan serangan dron yang membunuh pegawai tentera Iran, Komande Qassem Soleimani pada 3 Januari lalu. Iran bertindak balas dengan melakukan serangan yang disasarkan kepada AS di Iraq pada 8 januari lalu.

“Musuh nombor satu kami ialah Amerika. Ia paling jahat, musuah paling jahat Iran, pemimponnya mempunyai pengetahuan khas,” kata Khamenei.

Pihak berkuasa Iran menyalahkan sekatan AS yang telah membantutkan usaha pengekang wabak itu dan menggesa sekatan ditarik balik. Washington enggan menarik balik sekatan itu- Agensi