Hospital Teluk Intan

KUALA LUMPUR – Beberapa kakitangan perubatan Hospital Teluk Intan disahkan positif Covid-19, bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah segera diambil.

Menurut beliau, pemantauan rapi juga dilaksanakan secara berterusan.

Dr Noor Hisham mengulas penularan berita baru-baru ini menerusi media sosial  Facebook dan Whatsapp yang menyatakan terdapat peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di kalangan doktor sehingga menyebabkan operasi harian di Hospital Teluk Intan terganggu.

“Pihak Pengurusan Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan exposure terhadap kakitangan hospital telah menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenalpasti,” katanya di laman Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, Dr Noor Hisham menggesa orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

Sebarang maklumat berkenaan Covid-19 hendaklah merujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel [email protected]. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kita tiada pilihan jika negara dan rakyaat hendak diselamatkan drp wabak yg sedang dihadapi.

Comments are closed.