Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 24 MAC 2020

PUTRAJAYA – Rakyat negara ini diminta tidak menyalahkan jemaah tabligh sebagai punca penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berharap jemaah itu tidak didiskrimasi atau distigma oleh masyarakat.

Jelas beliau, apa yang penting, orang ramai membantu untuk mengesan dan mengubati Covid-19 dan infeksi dalam kalangan tabligh, keluarga dan kenalan mereka.

“Untuk makluman kepada umum, janganlah kita persalahkan jemaah tabligh.

“Janganlah kita mendiskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh.

“Apa yang penting, adalah kita bantu mengesan dan mengubati COVID-19 infeksi di kalangan tabligh, keluarga dan kenalan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Seramai 14,500 jemaah telah menghadiri Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur bermula 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Sehingga kini, KKM telah membuat saringan terhadap 13,000 jemaah dan 6,700 sampel mereka telah diambil.

Daripada jumlah itu, seramai 986 jemaah telah disahkan positif.

Sementara itu, KKM telah menjalankan kolaborasi dengan pihak MERCY Malaysia dalam memberi psikososial sokongan kepada rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Aku x salahkan jemaah tabligh tu..
    Tapi aku pertikaikan sikap dan pradigma segelintir yg degil, x mahu dan lambat buat pemeriksaan… Pentingkan diri sendiri dan punca ianya merebak. Firman Allah.. Setiap kejadian ada tanda2 kebesaran Allah untuk kita jadikn iktibar ..

  2. Masalahnya bukan jemaah tabligh tidak mahu melapor diri, cuma hospital dan klinik kita belum bersedia dari awal menangani wabak walaupun sudah di wawarkan pada awal Disember oleh WHO. Yang sedihnya sekarang ini ramai doktor dan jururawat terkena terpias wabak.

  3. Bantu kerajaan yang nak hapuskan virus corona. Yang ahli politik pun Tumpang sekali membawang macam orang tabligh ada makmal buat virus corona. Pelancung luar dan org melancung keluar bawa balik virus tak diburu pulak. Nampak Benar mcm anti dgn org agama.

Comments are closed.