Kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar meluangkan masa terluang dengan aktiviti memasak pada hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeram, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2020.

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya ibu-ibu yang kini ada banyak masa di rumah mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga.

Dalam banyak masa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) golongan Hawa bukan sahaja berpeluang mengasah bakat dalam masakan tetapi juga memasak resipi kegemaran masing-masing.

Peluang yang sama juga dilakukan oleh seorang kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar, 59, yang patuh arahan PKP di kediaman di kampungnya di Jeram dekat sini.

Kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar bergambar di hadapan rumahnya pada hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeram, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2020.

Bersama wakil MalaysiaGazette, Rahimah yang mesra disapa sebagai Ibu memasak menu Asam Rebus Keladi dan Ayam Masak Lemak Cili Api.

Kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar meluangkan masa terluang dengan aktiviti memasak pada hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeram, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2020.

Menurutnya, bagi bahan untuk kedua-dua menu itu, dia tidak perlu membelinya di kedai hanya mengutipnya di sekitar kawasan rumahnya di kampung.

Hidangan menyelerakan itu sudah pasti memberi idea untuk kita bersama-sama duduk diam, diam di rumah dan mencuba pelbagai resipi makanan yang ringkas tetapi lazat.

Berikut resipi masakan Rahimah yang dikongsi bersama pembaca MalaysiaGazette;

Resipi Asam Rebus Keladi

1) Keladi
2) Kangkung
3) 2-3 sudu cili boh
4) 2 biji bawang kecil
5) 1 ulas bawang putih
6) 1 sudu besar ikan bilis
7) 5 keping asam keping
8) 1 biji bawang besar (hiris dan goreng untuk tumis atas darat).
9) Garam secukup rasa bahan nombor 4 hingga 6 dikisar sekali.

Asam Rebus Keladi. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2020.

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api

1) 1 ekor ayam
2) 1 kotak santan
3) 2 biji bawang kecil
4) 2 ulas bawang putih
5) 7-9 biji cili padi
6) Sedikit serbuk kunyit
7) Garam secukup rasa
8) 3 batang serai
9) Asam keping atau buah tomato dengan bahan nombor 3 hingga 5 dikisar sekali.

Ayam Masak Lemak Cili Api. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2020.

Apa pun, Rahimah yang tinggal bersama ibu, Hazanah Tepap yang sudah berusia 80 tahun akur dengan PKP kerana ia bertujuan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar melakukan kerja dari rumah pada hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeram, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2020.

Walaupun duduk di rumah namun dia masih menjalankan kerja pejabat daripada rumah tetapi mengelak rasa bosan dia masih sempat memasak untuk ibunya serta berharap orang ramai mematuhi arahan PKP demi kebaikan bersama.- MalaysiaGazette