Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam menasihati semua penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid and Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid tenang dan mengikut arahan pihak berkuasa.

Ahli Parlimennya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk memastikan penyebaran penyakit itu diperlambat dan menghalang sepenuhnya.

Beliau merujuk kenyataan Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyeru agar semua penduduk di kedua-dua kawasan itu akan menjalani Perintah Kawalan Gerakan Diperketatkan semalam.

Menurut Maszlee, , Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan barang makanan asas yang cukup kepada penduduk di dua kawasan yang terjejas dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, Pejabat Parlimen Simpang Renggam juga akan memaklumkan mengemaskini maklumat dan bantuan yang ada dan penduduk boleh menghubungi talian 010-235 0151.

“Saya menggalakkan semua rakyat Malaysia berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan seluruh masyarakat Simpang Renggam dan kakitangan mereka dalam masa-masa sukar ini,” kata Maszlee.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

3,570 penduduk 2 kawasan di Simpang Renggam dilarang keluar rumah mulai tengah malam ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dia ni ke yang MENIPU hapus tol Simpang Renggam kalau berkuasa sebelum PRU14 dahulu?

    Harap dapat fahami apa mesej yang Allah SWT cuba sampaikan!

Comments are closed.