Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Dalam status di media sosial, beliau mendapati orang ramai semakin peka dalam soal penjarakan sosial semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penyebaran Covid-19.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Dalam Facebooknya juga beliau memuatnaik gambarnya membeli-belah dengan memakai topeng muka dan sarung tangan.- MalaysiaGazette