Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 29 MAC 2020

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa mungkin akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua zon di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu difikirkan perlu memandangkan kes positif Covid-19 di beberapa kawasan mencatatkan kes tinggi.

“Jika kita lihat taburan jangkitan, tertinggi di Selangor, jadi kita sedang mengkaji zon itu, kita sudah kenal pasti mungkin satu atau dua zon kami akan ambil tindakan sama seperti Simpang Renggam,” katanya hari ini.

Pada Khamis lalu, kerajaan melaksanakan PKPD di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang susulan peningkatan tinggi kes positif Covid-19.

PKPD melibatkan seramai 3,570 penduduk tempatan yang terdiri daripada 650 keluarga.

Kesemua mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah malah semua aktiviti perniagaan dihentikan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast